KUALA LUMPUR – Wanita PKR menyatakan sokongan terbuka kepada pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR berikutan pengorbanan dan sumbangan beliau sejak gerakan reformasi bermula pada 1998.
Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Wanita PKR, Nurul Izzah menunjukkan potensi dan ciri sebagai pemimpin yang beraspirasi dan dikenali di platform antarabangsa hingga diiktiraf sebagai antara 30 individu berpengaruh dalam ‘Project Syndicate Forward Thinkers List’.
“Pengalaman beliau yang merentasi bidang sebagai bekas Naib Presiden parti, Ahli Parlimen dua penggal dan aktivis masyarakat menjadi asas kukuh untuk menyokong beliau dalam memimpin parti dan negara.
“Justeru, kami menggesa seluruh parti memberikan sokongan padu kepada Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden bagi sesi 2025-Reformasi,” menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, Cabang Kota Bharu, Kelantan turut menyatakan sokongan penuh kepada Nurul Izzah iaitu tokoh wanita reformis yang membuktikan komitmen dan integritinya dalam perjuangan parti serta rakyat sejak awal penubuhan PKR.
Ketua Cabang Kota Bharu, Abu Hamid Muhammad Abu Samah, berkata kepemimpinan Nurul Izzah dilihat sebagai satu nilai tambah besar kepada masa depan parti.
“Gaya kepemimpinan beliau yang inklusif, berprinsip dan berteraskan nilai reformasi amat diperlukan untuk memacu KEADILAN ke hadapan dalam menghadapi landskap politik baharu negara.
“Kami yakin, dengan pengalaman, ketokohan serta idealisme beliau yang tidak pernah luntur, Nurul Izzah mampu membawa dimensi baharu kepada kepimpinan tertinggi parti, memperkukuh perpaduan dalaman serta terus memperjuangkan agenda reformasi demi rakyat.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Justeru Cabang Kota Bharu menggesa seluruh ahli dan kepimpinan KEADILAN di semua peringkat untuk bersama-sama menyokong pencalonan ini demi memperkukuh hala tuju dan masa depan parti,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
