Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid

TVET perkukuh daya saing negara, pilihan utama latih tenaga mahir – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi dianggap pilihan kedua, sebaliknya menjadi platform utama dalam melahirkan tenaga kerja kompetitif, sekali gus memperkukuhkan daya saing negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata, bidang itu turut berperanan sebagai platform penting untuk siswazah meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Terdapat pelbagai institusi TVET di seluruh negara menawarkan kursus dalam bidang yang menarik seperti automotif, elektrik, masakan, teknologi maklumat, jahitan dan perhotelan.

“Mari jadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya. Jom masuk TVET!,” katanya menerusi hantaran di platform X.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menerusi infografik yang dikongsikan bersama hantaran tersebut, setakat ini terdapat 673 institusi TVET awam, 697 swasta dan 28 kerajaan negeri.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, permohonan UP_TVET Perdana bagi pengambilan Julai telah dibuka dengan dua kategori pemohonan.

Bagi kategori kursus yang memerlukan temuduga permohonan dibuka hingga 30 Mei ini, manakala kursus tanpa temuduga permohonan dibuka hingga 15 Jun.

Individu yang berminat boleh melayari laman sesawang rasmi di mohon.tvet.gov.my untuk maklumat lanjut. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *