United gegar San Mamés, hampiri final Liga Europa

MANCHESTER United mempamerkan aksi mantap dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa apabila menundukkan Athletic Club 3-0 di Estadio de San Mamés – gelanggang yang kebal sejak Ogos lalu.

United membuka jaringan pada minit ke-30 hasil gerakan luar biasa Harry Maguire di sebelah kanan.

Maguire yang bertindak seperti pemain sayap, melakukan hantaran lintang ke tiang dekat yang disambut Manuel Ugarte sebelum membuat flick cantik kepada Casemiro, yang menanduk masuk gol pertama.

Tujuh minit kemudian, Rasmus Hojlund dijatuhkan Dani Vivian dalam kotak penalti, menyaksikan pertahanan Athletic Club itu dilayangkan kad merah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bruno Fernandes tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas semakan VAR.

Pasukan tuan rumah cuba bangkit dengan melakukan dua pertukaran, tetapi United terus garang.

Sebelum rehat, Fernandes meledak gol ketiga selepas menerima hantaran backheel bijak daripada Ugarte, menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan selesa.

Separuh masa kedua menyaksikan United lebih berhati-hati dan mengawal permainan, mengekang sebarang ancaman daripada Athletic Club.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dengan kelebihan agregat 3-0, United kini di landasan terbaik menjelang aksi timbal balik di Old Trafford pada 8 Mei.

Kemenangan ini bukan sahaja mendekatkan mereka ke final, malah membuka pintu ke Liga Juara-Juara musim hadapan jika menjuarai trofi Eropah ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *