Pemandu teksi maut dilanggar SUV

TEMERLOH – Seorang warga emas maut selepas teksi dipandunya berlanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 151, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Sungai Kepong, Lanchang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Menurutnya, kemalangan membabitkan teksi jenis Nissan yang dipandu mangsa dan Toyota Harrier.

“Siasatan awal mendapati, teksi dipandu mangsa dari arah Mentakab menghala ke arah Lanchang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Apabila tiba di tempat kejadian, tiba- tiba Toyota Harrier dari arah bertentangan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan teksi dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mazlan berkata, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pemandu teksi disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala pemandu Toyota Harrier, lelaki berusia 67 tahun masih menerima rawatan di HoSHAS,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *