Penumpang maut, pemandu lari selepas kereta rempuh pasar raya

BERLIN – Sebuah kereta merempuh pasar raya di Hamburg pagi semalam, menyebabkan seorang penumpang maut, manakala pemandu melarikan diri dari tempat kejadian, lapor Xinhua.

Menurut polis, sebuah unit rondaan cuba menahan sebuah kenderaan dipandu laju pada awal pagi, namun pemandunya enggan berhenti dan memecut ke pusat bandar.

Tidak lama kemudian, polis menemui kenderaan itu yang telah terbabas dan merempuh bangunan sebuah pasar raya.

Pemandu terlibat melarikan diri, meninggalkan penumpang yang cedera parah dalam kenderaan itu. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian walaupun usaha menyelamat telah dilakukan.

Pihak berkuasa kini giat memburu pemandu terbabit. Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar kemalangan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *