Penunggang motosikal maut terlanggar lubang

PETALING JAYA – Seorang pemuda maut selepas motosikalnya terbabas akibat terlanggar lubang, dalam kejadian di Kuantan petang semalam.

Kemalangan di Jalan Kuantan-Cherok Paloh berhampiran Kampung Hijrah skitar jam 5.17 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat cedera parah.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Hijrah ke Kampung Chempaka.

Menurutnya, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terlanggar lubang, lalu hilang kawalan dan terbabas sebelum tercampak jatuh ke jalan raya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah dan dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut.

“Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 7.50 malam hari yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, menurut Sinar Harian.

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang menunjukkan kejadian kemalangan itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *