Anggota JBPM alami dehidrasi pada hari pertama operasi memadam kebakaran

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami dehidrasi ketika terlibat pada hari pertama operasi memadam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada Selasa.

Timbalan Pengarah JBPM Negeri Selangor Khairul Azuwan Ibrahim berkata, faktor seperti bahang kebakaran dengan suhu tinggi, melibatkan kawasan yang sangat luas serta jumlah mangsa yang ramai perlu dipindahkan antara cabaran yang terpaksa dihadapi anggota JBPM.

“Suhu lokasi pemeriksaan sangat tinggi kerana terlalu hampir dengan kawasan api yang menyebabkan anggota berkenaan mengalami dehidrasi dan tahap oksigen dalam badan menurun ketika melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pemadaman,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau berkata, anggota yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu kembali pulih dan stabil selepas menerima rawatan selama 20 minit serta boleh menyambung semula tugas pemadaman api sehingga berjaya dikawal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Difahamkan, pada awal kejadian pagi Selasa, api kebakaran menjulang lebih 100 kaki (30 meter) ke udara, manakala suhu api mencecah 1,000 darjah Celsius. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *