Tanah runtuh di Seri Kembangan, tiada kemalangan jiwa

SERI KEMBANGAN – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Cheras Jaya, Seri Kembangan, pada Selasa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mazlan Mohmad berkata, runtuhan itu bagaimanapun tidak membabitkan kerosakan pada struktur rumah atau kemalangan jiwa.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba Kajang dengan kekuatan enam anggota, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.20 malam.

Menurutnya, tanah runtuh berlaku pada lereng setinggi kira-kira 10 kaki, dengan jarak lapan meter daripada bahagian belakang sebuah rumah teres.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pemantauan dijalankan oleh pihak bomba dan penduduk terbabit dinasihatkan berpindah ke kawasan lebih selamat.

Kes telah diserahkan pada pihak berkuasa daerah untuk tindakan selanjutnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *