Perutusan Khas Aidilfitri: PM seru rakyat Malaysia hormati hubungan kaum, agama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan sikap hormat-menghormati dalam memperkukuh hubungan antara pelbagai kaum dan agama, bagi memastikan kestabilan serta keamanan negara terus terpelihara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tanpa sikap hormat menghormati, kestabilan dan keamanan yang diharapkan tidak akan terjamin.

Beliau turut mengingatkan penting untuk mengangkat martabat insan seperti dijelaskan dalam konsep walaqad karamna bani Adam dan karamah insaniah, yang mengiktiraf manusia sebagai makhluk yang luhur dan merdeka.

“Dalam sempena ini juga, baik Ramadan serta Aidilfitri Mubarak kita terus tekankan kepentingan mengangkat martabat insan, walaqad karamna bani Adam, karamah insaniah sebagai makhluk yang luhur dan merdeka, menjalin hubungan antara kaum dan penganut agama lainnya, kerana ini perlu kita pertahankan, kerana tanpa sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain dan juga menanam sikap ihsan serta kasih sayang di antara kita, negara ini tidak akan dapat menjamin kestabilan, keamanan, yang diharapkan,” katanya dalam Perutusan Khas Aidilfitri di sini, pada Ahad.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berkongsi pengalamannya sepanjang bulan Ramadan ini, menyertai siri Program Ihya’ Ramadan di beberapa kementerian dan negeri.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, saya telah berpeluang mengikuti siri Program Ihya’ Ramadan di beberapa Kementerian, dan juga beberapa negeri, Selising, Tawau, Chukai, dan beberapa tempat lain,” ujarnya.

Beliau menyifatkan program tersebut sebagai pengalaman yang sangat berharga kerana berpeluang turun ke peringkat akar umbi untuk mendengar keluhan rakyat, menerima usulan mereka, serta menilai keberkesanan pelaksanaan dasar oleh Kerajaan Persekutuan, negeri, dan pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, Anwar menegaskan pertumbuhan ekonomi negara perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Pertumbuhan ekonomi yang dicapai harus dapat dirasai oleh rakyat, dan peningkatan taraf hidup mereka harus menjadi fokus utama kita,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berharap sambutan Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesedaran, mengangkat martabat sebagai manusia yang berwibawa, berakhlak mulia, dan melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh amanah.

“Mudah-mudahan dengan pembentukan nilai baru, memberikan penegasan tentang disiplin, integriti dan juga kesihatan yang lebih baik,” tambahnya.

Anwar turut mengingatkan rakyat untuk lebih prihatin terhadap nasib jiran, kariah, serta masyarakat yang tersisih dan terbiar, termasuk mereka yang terkesan dengan bencana malapetaka dan kezaliman di Gaza, Palestin.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *