Zamri Vinoth ditahan gugat ketenteraman awam – KPN

KUALA LUMPUR – Polis menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth kerana disyaki menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menahan lelaki itu di Kangar kira-kira jam 3.30 petang semalam untuk siasatan lanjut, selain turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo.

“Lelaki berusia 41 tahun itu dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar sebelum dibawa ke Mahkamah Kangar Jumaat untuk mendapat perintah reman,” katanya kepada BH semalam.

Razarudin berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan pendakwah itu daripada seorang penganggur berusia 62 tahun pada jam 6.30 petang semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, pengadu mendakwa terbaca satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth mengenai hasil rundingan berkaitan penempatan semula tapak sebuah kuil di Jalan Munshi Abdullah yang berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

“Berikutan itu, kita membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Tindakan lanjut turut dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkaitan akaun Facebook milik Zamri Vinoth,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *