'Bukan kes culik, wanita ditahan kerana serang pengunjung' - Polis

‘Bukan kes culik, wanita ditahan kerana serang pengunjung’ – Polis

MELAKA – Polis menafikan seorang wanita ditahan kerana disyaki cuba menculik kanak-kanak di pusat beli belah di Bandaraya Melaka, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, wanita terbabit ditahan kerana menyerang pengunjung di pusat beli belah berkenaan.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang suri rumah pada 9.23 malam.

“Pengadu berusia 36 menyatakan seorang wanita tidak dikenali mengekori dia dan anak-anaknya ketika mereka berada di sebuah kedai di Dataran Pahlawan kira-kira 7.15 malam.

“Suspek berusia 33 tahun didapati bercakap sendirian dan menjerit-jerit serta cuba mengekori pengadu dan keluarganya sehingga ke tangga eskalator pusat beli belah.

“Selain itu pengadu mendakwa wanita itu turut menendangnya sebelum terjatuh dan dikerumuni oleh orang ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Christopher berkata, suspek kemudian ditahan anggota polis bantuan sebelum diserahkan kepada anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

“Wanita itu seterusnya dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan kesihatan sebelum dirujuk ke Bahagian Psikiatri.

“Setakat ni, dia masih ditahan wad berkenaan untuk pemantauan pihak hospital,” katanya lagi.

Terdahulu tular video memaparkan wanita itu ditahan dua anggota polis dengan suara seorang lelaki mendakwa dia ditahan kerana cuba menculik kanak-kanak.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *