Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan kebakaran

Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan kebakaran

LONDON – Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu.

Dalam kenyataan di platform X, pihak pengurusan Heathrow memaklumkan bahawa penutupan akan dikuat kuasa sehingga 11.59 malam (waktu tempatan) 21 Mac demi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak ke lapangan terbang dan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Pihak pengurusan lapangan terbang turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Heathrow adalah antara lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan jutaan penumpang setiap tahun.

Penutupan itu dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan serta perjalanan penumpang.

Sementara itu, Jabatan Bomba London memaklumkan sekitar 70 anggota bomba diarahkan ke lokasi untuk memadam kebakaran di lokasi yang terletak di bahagian barat London itu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *