Bakar isteri hidup-hidup angkara cinta tiga segi

17/03/2025

JAKARTA – Angkara cinta tiga segi, seorang lelaki tergamak membakar hidup-hidup isterinya.

Kes kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) itu menimpa wanita di rumahnya di Desa Gantar, Kecamatan Gantar, Kabupaten Indramayu, Jawa Barat di Indonesia pada minggu lalu.

Pelaku dikenali sebagai R, 28, dikatakan naik berang kerana isterinya, S, 23, sering menelefon lelaki lain termasuk membuat panggilan video.

“Dalam tempoh kurang 24 jam, dia berjaya ditahan pihak berkuasa pada Selasa. Hasil siasatan awal mendapati dia bertindak di luar kawalan kerana cemburu,” kata Kasatreskrim Polres Indramayu, AKP Hillal Adi Imawan.

Hillal menjelaskan pernikahan secara siri antara pasangan itu sudah terjalin selama enam tahun.

“Dia membakar isterinya ketika mangsa sedang tidur. Dia kemudiannya melarikan diri,” jelasnya.

Menurutnya, pelaku mengaku dia sudah hilang sabar melihat kecurangan isterinya dan mangsa berulang kali menuntut mereka berpisah.

Difahamkan, isterinya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan sudah tidak lagi berada dalam keadaan kritikal.

“Dia mengalami kesan melecur teruk pada wajah, leher, kedua tangan dan dadanya,” tambah Hillal lagi. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *