Hatrik Fernandes pacu United suku akhir Liga Europa

Hatrik Fernandes pacu United suku akhir Liga Europa

14/03/2025

KAPTEN The Red Devils, Bruno Fernandes menjadi wira Manchester United apabila menjaringkan hatrik, membawa pasukannya menang 4-1 ke atas Real Sociedad di Old Trafford, sekali gus mara ke suku akhir Liga Europa.

Kemenangan agregat 5-2 itu membolehkan United bertemu kelab League 1 Perancis Olympique Lyonnais di Parc Olympique Lyonnais, 10 April, selepas membenam wakil Romania, Steaua Bucharest 4-0.

Selepas seri 1-1 di Sepanyol, United terlebih dahulu ketinggalan seawal minit ke-10 apabila Matthijs de Ligt melakukan kekasaran terhadap Mikel Oyarzabal, yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Namun, United kemudian menyamakan kedudukan enam minit kemudian melalui sepakan penalti Fernandes, selepas Igor Zubeldia pula mengasari Rasmus Hojlund.

Fernandes sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50, selepas Aritz Elustondo mengasari Patrick Dorgu.

Sociedad kehilangan seorang pemain apabila Jon Aramburu mengasari Joshua Zirkzee, sebelum Fernandes melengkapkan hatriknya.

Diogo Dalot kemudian menambah gol pada minit ke-41, memastikan United bimbingan Ruben Amorim tersebut menang 5-2 secara agregat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pesaing United, Lyon turut mara dengan mudah apabila Ernest Nuamah dan Georges Mikautdze masing-masing menjaringkan dua gol untuk 4-0 ke atas Steaua Bucharest.

Di London, Tottenham Hotspur turut mara selepas menang 3-1 ke atas AZ Alkmaar di Tottenham Hotspur Stadium.

Spurs, bimbingan Ange Postecoglou yang ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama di AFAS Stadion, 7 Mac lalu, berjaya bangkit hasil dua gol Wilson Odobert.

Odobert membuka jaringan pada minit ke-26, sebelum James Maddison menambah gol pada minit ke-48. AZ sempat merapatkan jurang melalui Peer Koopmeiners pada minit ke-63.

Namun Odobert melengkapkan kemenangan The Lillywhites pada minit ke-74.

Spurs akan bertemu gergasi Bundesliga Eintracht Frankfurt di suku akhir, selepas mereka menang 6-2 secara agregat ke atas kelab Eredivisie Belanja, Ajax Amsterdam.

Kelab La Liga Sepanyol, Athletic Bilbao pula menewaskan pasukan Seria A Itali, AS Roma 3-1, dengan Nico Williams menjaringkan dua gol untuk mara agregat 4-3.

Roma, yang bermain dengan 10 pemain selepas Mats Hummels dibuang padang, hanya mampu membalas melalui sepakan penalti Leandro Paredes.

Satu lagi kelab Seria A, Lazio, yang menang 2-1 pada perlawanan pertama, berjaya mara walaupun seri 1-1 dengan Viktoria Plzen. Alessio Romagnoli menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan.

Kemenangan memastikan Lazio menang 3-2 secara agregat akan bertemu kelab Norway, Bodo/Glimt di suku akhir.

Sementara itu, Rangers mara selepas menewaskan Fenerbahce melalui penentuan penalti, 3-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 secara agregat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *