Kelayakan Piala Asia: Faisal Halim kembali perkuat Harimau Malaya

Kelayakan Piala Asia: Faisal Halim kembali perkuat Harimau Malaya

13/03/2025

FAISAL Halim kembali dalam senarai Harimau Malaya selepas setahun.

Penyerang Selangor itu antara 27 pemain yang diumumkan ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, di Wisma FAM sebentar tadi bagi persiapan bertemu Nepal dalam kelayakan Piala Asia 2025, 25 Mac ini.

Kali terakhir Faisal beraksi untuk negara adalah pada 24 Mac 2024 ketika bertemu Oman dalam pusingan akhir Piala Asia.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kami telah melihat setiap profil untuk maju ke depan. Dia seorang positif dan menarik di atas padang. Kami tidak bergantung sorang pemain semata-mata.

“Kami telah bercakap minggu lalu untuk melihat keinginan, pemikirannya dalam situasi ini. Saya lihat matanya dia dan mendapati dahagakan dan bersemangat untuk diserapkan dalam pasukan,” katanya.

Dalam masa sama, Cklamovski yang ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, menjelaskan keberangkalian pengumuman mengejut dalam masa terdekat mengenai melibatkan beberapa tonggak lagi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *