Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan

13/03/2025

ISTANBUL – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands, pada Rabu bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam “perang dadah” yang dilancarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Filipina.

Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sebaik tiba dari Hong Kong.

Pesawat itu singgah di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke The Hague.

Anak perempuannya yang juga Naib Presiden Filipina, Sara Duterte turut berlepas ke The Hague pada Rabu bagi membantu mengatur pasukan guaman untuk bapanya. – BERNAMA-ANADOLU

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *