Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler

11/03/2025

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 pagi.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bersama tujuh anggota, bergegas ke lokasi sejauh 5.8 kilometer dan tiba pada jam 3.32 pagi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba segera melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa,” kata jurucakap JBPM.

Bagaimanapun katanya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *