Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa

10/03/2025

BARCELONA menafikan khidmat Lamine Yamal akan dihadkan sempena Ramadan ini selepas penyerang itu dikeluarkan pada minit ke-56 ketika bertemu Benfica di Lisbon, minggu lalu.

Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain-pemain dan tindakan mengeluarkan Jamal di Lisbon adalah semata-mata didorong sebab taktikal.

Apatah lagi Yamal mempunyai hubungan rapat dengan neneknya, Fatima, yang kini menunaikan umrah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pemain berusia 17 tahun itu kini tinggal di sebuah flat di Sant Joan Despi, sejak meninggalkan akademi La Masia dan dia berpeluang berkumpul bersama keluarganya di rumah bapa saudaranya, Abdul, di Rocafonda.

Dalam masa sama, Barça telah berpesan kepadanya agar mengawal pengambilan makanannya pada hari-hari sebelum setiap perlawanan, tetapi kelab itu agak tenang berdasarkan pengalaman mengendalikan Franck Kessie dan Moussa Dembele yang turut menyambut Ramadan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *