KJTS jamin penjimatan 15% kos tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon untuk KIP REIT

KJTS jamin penjimatan 15% kos tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon untuk KIP REIT

05/03/2025:

KUALA LUMPUR – Pacific Trustee Berhad, pemegang amanah KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT), melalui anak syarikat milik penuhnya, KJ Technical Services Sdn. Bhd. (KJTS SB), menjalinkan kerjasama bagi menyediakan rumusan penyejukan di tujuh KIPMall di seluruh negara.

Inisiatif itu menjamin pengurangan 15 peratus dalam kos tenaga untuk loji penyejuk selepas pemulihan perbelanjaan modal, sambil mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kecekapan tenaga.

KJTS akan membiayai dan menguruskan kerja-kerja pemgubahsuaian yang meluas untuk menaik taraf sistem penyejukan bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan kesan alam sekitar.

Kerja-kerja menaik taraf akan menelan belanja RM25,268,026, bermula dari 1 April 2025 dan dijangka siap pada 31 Disember 2025.

Dalam tempoh operasi dan penyelenggaraan itu, KJTS akan membekalkan air sejuk dan menguruskan sistem menggunakan teknologi termaju dan pemantauan secara optimum setiap hari.

Tujuh lokasi KIPMall yang terlibat ialah KIPMall Bangi, KIPMall Kota Warisan, KIPMall Senawang, KIPMall Melaka, KIPMall Tampoi, KIPMall Masai dan KIPMall Kota Tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif KIP REIT, Valeri Ong berkata, kerjasama itu menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam komitmen kumpulan terhadap kemampanan.

“Fokus kami adalah untuk mencapai hasil yang ketara dalam kedua-dua penjimatan kos dan impak alam sekitar,” katanya.

Tambahnya, inisiatif itu sejajar dengan strategi KIP REIT bagi meningkatkan daya tahan aset, mengurangkan kos operasi dan menyokong agenda hijau negara. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *