1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib

Tahanan rumah, Najib ibarat sudah jatuh ditimpa tangga

04/03/2025:

Oleh: Zakariya Mohamad

MENJELANG Ramadan, nasib Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) semakin malang kerana mantan perdana menteri itu terus dibuli oleh NGO yang pro parti cauvinis?

Sekarang, Najib ibarat “sudah jatuh, ditimpa tangga” kerana musuh politik mantan perdana menteri itu tidak setuju jika beliau ditahan di rumah.

Kita bertanya, “adakah NGO itu anti Lim Guan Eng sebagaimana mereka anti Najib?”

Sehubungan itu, Peguam Negara dituntut memberi penjelasan mengenai pertuduhan baru terhadap Najib membabitkan kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

Adakah NGO ini tidak nampak salah laku Guan Eng, Mahathir dan Mahiaddin?

Kita musykil NGO berkenaan sentiasa membuli Najib.

Kita percaya bahawa Najib mempunyai aura dan kerjaya politiknya perlu dibunuh dengan segera.

Mahathir dan Mahiaddin tidak mempunyai aura dari segi politik punca Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan DAP tidak gentar dengan parti Pejuang dan parti Bersatu.

Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) juga tidak mempunyai aura.

Sebaliknya yang mempunyai aura ialah PAS, tetapi bukan pemimpin parti itu.

Setakat ini, majoriti orang-orang Melayu menyokong parti PAS kerana faktor agama Islam.

Islam dieksploitasi oleh Hadi untuk kepentingan politik.

Sejauh mana benar NGO seperti BERSIH, HARAM, IDEAS dan PROJEK SAMA mempunyai integriti atau bermotif politik semata-mata?

Dipercayai NGO itu menuntut pertuduhan baru dikenakan terhadap Najib dalam kes IPIC kerana mengikut telunjuk pihak tertentu.

Peguam Negara mempunyai kuasa prerogatif untuk mendakwa sesiapa juga, kini Najib menjadi mangsa situasi kerana faktor bermotif siasah.

Kita berharap Anwar Ibrahim yang mempunyai pengalaman kerana pernah dizalimi sebelum ini oleh Mahathir supaya bersimpati terhadap Najib.

“Kami menuntut Mohd Dusuki untuk menyatakan jangka masa pertuduhan-pertuduhan baru terhadap Najib dalam kes IPIC yang melibatkan RM6.6 bilion dijangka akan dibuat.

“Hari ini genap tiga bulan Najib diberikan keputusan DNAA oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 November 2024.

“Bermakna defendan boleh didakwa dengan tuduhan baru oleh pihak pendakwaan. Namun, jika pendakwaan gagal membawa tuduhan baru dalam tempoh yang panjang, maka defendan boleh memohon DAA.

“Kelengahan Jabatan Peguam Negara mengemukakan tuduhan baru selepas DNAA sudah menjadi satu modus operandi defendan-defendan VIP mendapat DAA dan dilepaskan sepenuhnya,” kata kumpulan NGO itu.

Kenyataan di atas dipetik menerusi satu kenyataan media bertajuk “Rakyat benci rasuah. Najib tidak layak terima pengampunan atau tahanan rumah” baru-baru ini.

Setakat ini, kita musykil, “di mana NGO yang pro UMNO dan Najib?”

Kita menggesa Dr Akmal dan Pemuda UMNO bersuara, tetapi bukan mengikut telunjuk Institusi Presiden dan MKT.

Kita yakin Zahid dan MKT mempunyai prinsip “semangat setia kawan” dalam Kerajaan Perpaduan punca institusi kepimpinan UMNO itu gagal bersuara.

Najib dan Titah Adendum sering diperjuangkan oleh Cybertro yang pro mantan Perdana Menteri itu.

Pada 27 November tahun lepas, Najib dan Mohd Irwan Serigar Abdullah diberikan DNAA atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan RM6.6 bilion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan DNAA pasukan pembelaan, berikutan kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan beberapa dokumen sulit yang penting kepada kedua-dua tertuduh untuk persediaan pembelaan mereka.

Kes jenayah itu telah berlarutan sejak Najib dan Irwan pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2018.

Kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Semasa prosiding mahkamah terbuka, hakim Muhammad Jamil Hussin menegaskan bahawa pihak pendakwaan gagal mematuhi kehendak Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Mengikut undang-undang pihak pendakwaan perlu mendedahkan maklumat dan dokumen yang ingin dikemukakan dalam kes terhadap orang yang dituduh, sebelum perbicaraan dimulakan

Peguam Negara didakwa gagal mengemukakan dokumen-dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah yang telah diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi di bawah Kementerian Kewangan.

“Kami juga menggesa Menteri Kewangan Anwar untuk menyahrahsiakan dokumen-dokumen tersebut untuk membantu Peguam Negara.

“Sekiranya Najib akhirnya mendapat DAA dalam kes IPIC kerana Peguam Negara gagal mengemukakan pertuduhan baru dalam tempoh yang munasabah atau kerana Kementerian Kewangan enggan menyahrahsiakan dokumen-dokumen tersebut, maka Anwar sebagai Perdana Menteri yang mengawal tempoh perkhidmatan Peguam Negara dan Menteri Kewangan memikul tanggungjawab politik sepenuhnya atas impuniti yang dinikmati Najib,” kata NGO itu.

Oleh itu katanya, selagi Peguam Negara tidak mengemukakan pertuduhan baru dalam IPIC, gabungan itu akan terus mendukung suara rakyat untuk menghantar peringatan setiap tiga bulan kepada Mohd Dusuki.

Sekarang bukan salah Najib, tetapi semua kesilapan, kenapa dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri itu?

Mahkamah telah membebaskan Najib, tetapi NGO berkaitan seolah-olah memaksa institusi undang-undang untuk terus menzalimi mantan Perdana Menteri itu.

Urusan mahkamah tidak perlu dicampuri oleh NGO yang pro Kerajaan Madani – Zakariya Mohamad.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *