Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan – Fahmi

02/03/2025:

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, beliau berharap agar Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada umat Islam agar segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima-Nya.

“Sama-samalah kita perbaiki amal ibadah dan jauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu,” katanya dalam hantaran media sosial.

Umat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah puasa esok. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *