Anak kapal cedera dalam insiden pencerobohan di Selat Singapura

Anak kapal cedera dalam insiden pencerobohan di Selat Singapura

28/02/2025:

SINGAPURA – Seorang kru kapal tangki kimia yang berdaftar di Singapura, “BASSET”, cedera selepas insiden pencerobohan berlaku di Selat Singapura sekitar 7 pagi waktu tempatan, Jumaat.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemindahan perubatan sedang dijalankan bagi membantu mangsa yang cedera.

“Kapal itu kini berlabuh di perairan Singapura, dan Pasukan Polis Pantai Singapura serta Pasukan Pertahanan Awam Singapura telah diaktifkan untuk memberikan bantuan,” menurut kenyataan itu, sambil menegaskan bahawa semua anak kapal telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

MPA turut memaklumkan bahawa siaran keselamatan telah dikeluarkan supaya kapal lain meningkatkan kawalan keselamatan.

“Keselamatan pelayaran di sepanjang Selat Singapura tidak terjejas,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *