Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran

27/02/2025:

TEHRAN – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian, pada Rabu.

Mohamad, yang dalam lawatan rasmi pertama selama tiga hari ke Iran dari 25 hingga 27 Feb, disambut Pezeshkian di pejabat beliau di Pasteur Street, di sini, kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kira 30 minit membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama, khususnya situasi di Palestin dan hal berkaitan Timur Tengah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kunjungan hormat itu diadakan selepas Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran (JCM) ke-8 dengan rakan sejawatnya, Seyyed Abbas Araghchi.

Pada 2024, Iran merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan bernilai RM2.6 bilion (USD0.57 bilion), peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding 2023.

Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Iran dalam kalangan negara anggota ASEAN dan yang ke-19 terbesar di dunia pada 2023.

Pada 1970, Malaysia membuka kedutaannya di Tehran, manakala Iran membuka kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1981. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *