26/02/2025:
KUALA LUMPUR – Tex Cycle Technology (M) Berhad (Tex Cycle), penyedia penyelesaian pengurusan sisa dan kitar semula mengumumkan keputusan kewangannya untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (S4 TK2024) dengan merekodkan hasil sebanyak RM9.3 juta dan Untung Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM4.5 juta pada suku tersebut.
Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2024, Tex Cycle mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun (YoY) meningkat daripada RM35.1 juta pada TK2023 kepada RM36.2 juta.
Berbanding suku keempat tahun sebelumnya (S4 TK2023), hasil meningkat sedikit daripada RM9.2 juta, mencerminkan pertumbuhan 1.4 peratus.
PBT mencatatkan prestasi kukuh sebanyak RM4.5 juta, menunjukkan keupayaan Kumpulan untuk memacu keuntungan melalui operasi teras dan strategi perniagaannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tex Cycle, Gary Dass A/L Anthony Francis berkata, prestasi kewangan Tex Cycle yang kukuh pada TK2024 mencerminkan keupayaan syarikat untuk mengharungi cabaran pasaran dengan ketangkasan sambil mengukuhkan operasi teras.
“Angka keuntungan larasan kami jelas menunjukkan daya tahan model perniagaan dan kejayaan inisiatif strategik kami. Semasa bergerak ke hadapan, kami kekal fokus untuk meneroka peluang pertumbuhan selanjutnya, terutama dalam sektor ESG dan berkembang melalui Penggabungan & Pengambilalihan strategik (M&A),” katanya.
Mengulas lanjut, tempoh asas suku ke suku, hasil Kumpulan merosot sebanyak 12.4 peratus daripada RM10.6 juta pada S3 TK2024 disebabkan turun naik sementara dalam permintaan dalam bahagian pemulihan dan kitar semula.
Walaupun begitu, PBT bertambah baik sebanyak 34 peratus daripada RM3.4 juta pada suku sebelumnya, mencerminkan strategi pengurusan kos yang kukuh dan kecekapan operasi Kumpulan.
Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2024, Tex Cycle mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 3.2 peratus tahun ketahun (YoY) meningkat daripada RM35.1 juta pada TK2023 kepada RM36.2 juta. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001