Dakwaan Kursus Dakwah Harmoni ancam akidah tidak bersandar fakta sebenar - Mohd Na'im

Kes lelaki cabul budak perempuan di masjid, semua diminta bertenang

22/02/2025:

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkan kes seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan mengangkat seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid semalam.

Menteri Hal Ehwal Agawa di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbuatan itu adalah satu kes berunsur jenayah yang mesti dipandang serius.

Bahkan, kata beliau, tindakan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Muhammad Fahmi Ngah memanjangkan laporan kejadian tersebut kepada Ketua Polis Selangor adalah tindakan tepat.

“Ini supaya pihak berkuasa membuat siasatan segera. Dan sehubungan itu, semua pihak diseru agar bertenang dan menyerahkan perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa.

“​Saya berharap sekiranya suspek terbukti terlibat dengan perbuatan tersebut, maka tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa sebagai pengajaran kepada semua pihak.

“Kejadian tersebut perlu dijadikan iktibar kepada pihak pengurusan masjid dan surau untuk mempertingkat langkah kawalan keselamatan institusi masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Media melaporkan, suspek berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah mengeluarkan reman terhadap suspek bermula Sabtu.

“Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita juga sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengesahan berhubung status orang kurang upaya (OKU) suspek,” kata Hussein Omar.

Sebelum itu, Polis Hulu Selangor menerima laporan pada jam 8.19 pagi pada Jumaat berhubung kejadian yang tular di media sosial itu, sebelum suspek ditahan pada hari yang sama di sekitar Batang Kali. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *