Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu

18/02/2025:

GUJARAT – Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas diserang seekor lembu liar di Kampung Samman Madhapur, daerah Bhuj Tehsil.

Insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan lelaki tersebut terpelanting sejauh tujuh meter di udara akibat disondol lembu berkenaan.

Lelaki itu dilihat cuba menghalau haiwan berkenaan menggunakan sebatang kayu, namun lembu itu bertindak agresif dan menyondolnya dengan kuat, menyebabkan dia terpelanting sebelum terhempas ke tanah.

Rakaman video menunjukkan beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Mangsa segera dihantar ke hospital dan dilapor mengalami kecederaan serius.

Pihak berkuasa telah bertindak menangkap lembu tersebut bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *