Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich

Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich

17/02/2025:

MUNICH – Polis campur tangan dalam satu tunjuk perasaan balas oleh kumpulan sayap kanan yang memberi penghormatan kepada mangsa berhampiran lokasi serangan maut rempuhan kereta di bandar Munich, selatan Jerman pada Ahad, lapor agensi berita Jerman dpa.

Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu.

Kejadian itu disahkan oleh saksi tetapi polis pada mulanya tidak dapat menyatakan sama ada tangkapan telah dibuat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

AfD yang berhaluan kanan dan antipendatang telah berjaga-jaga di dataran Konigsplatz di tengah bandar, dihadiri kira-kira 70 orang, menurut anggaran polis.

Polis campur tangan ketika kira-kira 600 penunjuk perasaan mengadakan bantahan balas, menentang eksploitasi serangan Khamis untuk tujuan politik.

Kira-kira 40 daripada kumpulan ini membentuk rantai manusia untuk menghalang penyokong AfD daripada meletakkan bunga di tapak serangan di Seidlstrasse berdekatan, menurut polis. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *