Lelaki ditemukan mati dalam longkang

17/02/2025:

IPOH – Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam longkang di Kawasan Perindustrian Silibin di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis berkenaan insiden itu pada 8.38 pagi.

Beliau berkata setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh di tempat kejadian sembilan minit kemudiannya, didapati mayat lelaki berada dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada bahagian kepala di dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter.

“Identiti tidak diperolehi dan pegawai perubatan KKM (Kementerian Kesihatan) mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada 9.40 pagi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *