1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS

1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS

LOS ANGELES – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas insiden dua jet berlanggar di landasan Lapangan Terbang Scottsdale di negeri Arizona, barat daya Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa dan media tempatan pada Isnin.

Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat, sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan selepas mendarat dan melanggar jet perniagaan “Gulfstream 200” yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.

Agensi yang bertanggungjawab mengawal selia penerbangan awam di negara itu memaklumkan bahawa jumlah sebenar penumpang dalam kedua-dua pesawat belum diketahui. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *