Saham Colform catat premium 11.11 peratus di awal dagang

KUALA LUMPUR – Colform Group Berhad (Colform) pakar keluli dan bahan binaan yang mapan di Malaysia Timur, mencatatkan premium 11.11 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 36 sen sesaham.

Penampilan sulung Colform hari ini di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) mencatatkan 40 sen sesaham di awal dagangannya.

Melalui penyenaraian itu Colform berjaya mengumpul RM41.19 juta dengan hasilnya digunakan untuk menubuhkan barisan pengeluaran salutan warna baru di Kota Kinabalu sebanyak RM9 juta, RM4.50 juta untuk membina kemudahan penyimpanan baharu di Kota Kinabalu untuk meningkatkan kecekapan operasi, RM5.10 juta untuk meluaskan kehadiran pasarannya dengan menubuhkan cawangan dan kilang di Klang, Semenanjung Malaysia manakala RM18.09 juta untuk tujuan modal kerja; dan RM4.50 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Colform Group Berhad, Kang Ket Hung berkata, penyenaraian hari ini di Pasaran ACE merupakan pencapaian monumental bagi Colform Group Berhad.

“Pencapaian kejayaan ini mewakili dedikasi kami untukmenyampaikan penyelesaian keluli berkualiti dan meluaskan jejak kami di seluruh Malaysia.

“Dana yang diperoleh daripada IPO ini akan membolehkan kami mengukuhkan operasi, meningkatkan penawaran produk dan terus meneroka peluang pasaran baharu yang komited dan pelanggan, pihak berkepentingan serta industri pembinaan,” katanya.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman, Colform telah mengukuhkan peranannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai, menyampaikan penyelesaian keluli hujung ke hujungvuntuk menyokong pembangunan pembinaan Malaysia dari konsep hingga siap.

Beribu pejabat di Kota Kinabalu, Sabah, tawaran Colform merangkumi pelbagai jenis produk keluli hiliran seperti kepingan bumbung, pelapis dinding dan sistem rangka keluli IBS—menyediakan penyelesaian yang cekap kos, penjimatan buruh yang disesuaikan untuk memenuhi piawaian industri.

Pelanggan Colform terdiri sektor kerajaan, komersialdan swasta, yang merangkumi kebolehpercayaan dan inovasi dalam setiap projek.

Penyenaraian itu memberikan Colform platform yang teguh untuk melaksanakan strategi pertumbuhannya dan memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian keluli yang inovatif dan boleh dipercayai dalam sektor pembinaan.

Mercury Securities Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal untuk Colform. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *