Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh

Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh

SUNGAI BULOH – Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati, himpunan ini diadakan ahli keluarga banduan tahanan Sosma di penjara ini dengan tujuan meminta kerajaan memansuhkan akta berkenaan.

“Pemantauan dijalankan mendapati, terdapat antara 40 hingga 50 individu termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berkumpul serta memegang pelbagai plakad tertera pelbagai tulisan meminta simpati serta memohon akta itu dimansuhkan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, susulan itu polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur himpunan boleh dikenakan denda RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

“Semua individu dikenal pasti terlibat dalam himpunan ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *