Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar

BANGKOK – Thailand memperketatkan kawalan sempadan bagi mengelakkan kesan buruk yang mungkin timbul selepas negara itu menggantung bekalan elektrik ke lima kawasan di Myanmar sebagai sebahagian daripada usaha mengekang operasi haram, lapor Xinhua, memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Phumtham Wechayachai pada Khamis.

Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan terlibat sepenuhnya dalam melaksanakan langkah menangani penyeludupan dadah dan jenayah berkaitan sempadan, kata Phumtham semasa lawatan pemeriksaannya ke wilayah Tak yang bersempadan dengan Myanmar.

Phumtham memberi contoh yang penggunaan tenaga menurun hampir separuh di salah satu kawasan Myanmar yang menjadi tumpuan penipuan dalam talian, selepas bekalan elektrik dihentikan pada Rabu, menunjukkan impak langkah tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa badan pengawalseliaan telekomunikasi Thailand akan memutuskan semua sambungan Internet yang bermasalah menjelang penghujung bulan ini, manakala perkhidmatan penting akan mengalami pengurangan sambungan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Majlis Keselamatan Negara Thailand memutuskan pada Selasa untuk memotong bekalan elektrik, bahan api, dan perkhidmatan Internet ke lima lokasi di tiga negeri Myanmar yang dikenal pasti sebagai pusat kegiatan haram, termasuk pemerdagangan manusia, penipuan pusat panggilan, pengubahan wang haram dan jenayah rentas sempadan.

Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *