Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak

Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak

ANKARA – Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Perjalanan saya sebagai pemain berakhir di sini, tetapi saya masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan kepada bola sepak. Terima kasih atas segalanya,” kata pemain berusia 36 tahun itu menerusi akaun media sosialnya.

Bekas pemain kebangsaan Brazil itu meraih lima trofi Liga Juara-Juara UEFA, empat Piala Dunia Kelab FIFA dan enam kejuaraan LaLiga Sepanyol bersama Real Madrid sebelum kembali ke kelab lamanya, Fluminense di Brazil, pada Februari 2023.

Marcelo turut membantu Brazil menjuarai Piala Konfederasi 2013 dengan enam gol dalam 58 penampilan bersama skuad kebangsaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *