Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis

Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden – Polis

COPENHAGEN – Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.

Tahap kecederaan mereka masih belum dapat dipastikan.

Polis menggesa orang ramai agar menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.

Agensi berita Sweden TT melaporkan, suspek telah meninggal dunia, namun polis masih belum memberikan maklumat lanjut mengenai insiden itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Media tempatan melaporkan bahawa sejumlah besar anggota polis dan pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut polis, para pelajar sedang diberi perlindungan di sekolah berkenaan serta di sekolah berhampiran.

TT turut melaporkan insiden itu berlaku di sebuah pusat pendidikan dewasa di kampus Risbergska. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *