Kuarters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah

Kuarters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah

BATU GAJAH – Sebuah kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini, musnah dalam kejadian kebakaran pada lewat petang Jumaat.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kebakaran itu turut membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan motosikal.

Katanya, kejadian berlaku sekitar jam 5.55 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Pasir Puteh, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pusing dan Pekan Baru ke lokasi.

“Seramai 20 orang anggota bomba terbabit dalam kerja-kerja memadam kebakaran.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Rumah kuarters tersebut musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Beliau menambah, ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman sehingga selesai.

Katanya lagi, operasi terkawal pada jam 6.04 petang dan tamat sepenuhnya 7.31 malam.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *