Faiz Fadzil

Fitnah Pas terhadap Amanah satu bentuk serangan tersusun – Faiz

MENTERI Besar Kedah, Sanusi Md. Noor dalam ucapan di Kedah pada 31.1.2025 dalam program ‘Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia’ telah memfitah Amanah dengan mendakwa Amanah dilahirkan oleh DAP.

Fitnah ini telah lama dimainkan dan ianya ditiupkan semula semalam yang menunjukkan betapa terdesaknya Pas untuk terus bermain dengan isu sentimen agama dan kaum.

Dua hari lalu, seorang ustaz Pas memfitnah Amanah dengan dakwaan bahawa fitnah Amanah terhadap agama lebih besar dan bahaya.

Beberapa pemimpin Pas acap kali memfitnah DAP ataupun pemimpin mereka dengan bersandarkan sentimen agama dan kaum bagi membina persepsi kepada umum bahawa DAP parti yang menentang Islam dan Melayu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam masa sama, Pas mencanang fitnah terhadap Amanah dengan dakwaan DAP melahirkan Amanah. Jelas, siri-siri fitnah yang dibuat oleh Pas ini adalah satu serangan tersusun untuk melemahkan Amanah.

Sejak ditubuhkan sembilan tahun lalu, Amanah berjaya bergerak ke seluruh negara dengan menubuhkan 180 pertubuhan kawasan dan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dalam dua PRU bersama rakan koalisi PH dan kini Perpaduan.

Amanah ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan Islam yang kini sudah tergelincir jauh daripada kompas perjuangan Pas.

Dasar perjuangan Islam jelas termaktub dalam Perlembagaan Amanah dan prinsip untuk menegakkan rahmat untuk semua kekal menjadi teras perjuangan Amanah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Saya tegaskan, Amanah tidak ditubuhkan untuk melawan Pas dan penubuhan Amanah bebas dari pengaruh mana-mana parti termasuk DAP, sepertimana yang selalu difitnahkan Pas.

Amanah ditubuhkan atas desakan bekas ahli Pas dan rakyat sivil yang mahu melihat bahtera perjuangan Islam yang lebih progresif dan moderate. Amanah bukan Pas 2.0 dan akan terus berpolitik atas nilai.

Atas dasar ini, fitnah dan budaya songsang agama yang dibawa Pas perlu diperbetulkan kerana fitnah yang dibuat atas alasan agama dan kaum boleh membawa kepada sikap ekstrimisme.

Maka, inilah antara tugas Amanah untuk menyelamatkan umat Islam dan rakyat Malaysia daripada terus ditipu oleh permainan politik murahan Pas ini.

Justeru, Amanah melalui Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis di seluruh negara supaya siasatan dapat dibuat terhadap Pas yang semakin ketagih membudayakan politik fitnah dan adu-domba yang kesannya sangat bahaya kepada negara.

Rakyat Malaysia perlu dijamin kehidupan yang sejahtera dengan membuang awal-awal sikap ektrimisme yang sedang dibina PAS hari ini.

Penulis, Faiz Fadzil adalah Setiausaha Agung Amanah

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *