Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh bot di Rompin

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh bot di Rompin

KUANTAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah bot di Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin, Rompin, pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.05 petang berhubung kejadian melibatkan mangsa, Syed Khalid Syed Ahmad Munshee, 50, yang beralamat di Tanjung Pahang Tua, Pekan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dilakukan melibatkan pasukan polis, bomba dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, operasi berkenaan ditangguhkan pada pukul 7.30 malam berikutan keadaan gelap dan akan disambung pada pukul 8 pagi ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan mangsa yang terjatuh dari bot itu pada pukul 6.03 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Kuala Rompin bergegas ke lokasi kejadian.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki Orang Asli dikenali sebagai Sabri Juarong, 46, dilaporkan hilang dipercayai terjatuh dari bot semasa menyeberangi Tasik Bera, Bera, untuk pulang ke rumah.

Jurucakap JBPM Pahang berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.17 malam dan seramai enam anggota dari BBP Triang terlibat dalam operasi mencari mangsa.

“Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama anak dan isterinya, namun mereka terselamat,” kata jurucakap itu ketika dihubungi. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *