Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia

Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga asing yang terlibat dalam kebakaran di sebuah kilang penyimpanan gas di Klang dekat sini lewat malam Isnin, meninggal dunia pada 6.32 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S. Vijaya Rao berkata, mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Beliau berkata, tiga lelaki termasuk mangsa mengalami kecederaan akibat kejadian itu, manakala tiga yang lain selamat.

Vijaya Rao berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada tong gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di pekarangan premis tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kerugian dianggarkan sekitar RM5 juta dengan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Pada Selasa, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dilaporkan berkata sebuah kilang penyimpanan gas musnah dalam kebakaran yang turut merebak ke dua bangunan lain di taman perindustrian di Klang lewat malam Isnin. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *