Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47

Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47

WASHINGTON – Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada Isnin, menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberi kesan mendalam kepada masyarakat Amerika dan dunia, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Saya, Donald John Trump, dengan ini bersumpah untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan setia, dan akan dengan sedaya upaya saya memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata Trump dalam ucapan ringkas di Capitol AS.

Selepas majlis pelantikan, Trump dijadual meninggalkan Capitol dan menuju ke Arena Capital One yang berdekatan, di mana beliau akan menyampaikan ucapan kepada penyokongnya dalam satu perhimpunan yang turut menampilkan perarakan Presiden. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *