Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier

Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier

MAJLIS Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memberikan sokongan penuh kepada bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, yang dihalau keluar daripada Frontier Airlines ekoran terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin penerbangan tersebut.

Khabib kononnya diarah mengubah tempat duduknya hanya kerana rungutan seorang wanita yang tidak begitu senang dengan kehadiran secara berdekatan.

CAIR dalam kenyataannya menuntut supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dilakukan berikutan insiden tersebut yang seakan mengamalkan sentimen perkauman terhadap bekas atlet tempur itu.

Sementara itu, pengurus kepada atlet kelahiran Rusia itu, Ali Abdelaziz, menegaskan perkara itu tidak akan menjejaskan persiapan legenda seni mempertahankan diri (MMA) itu menghadapi UFC 311 di Amerika Syarikat hujung minggu ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Khabib akan berada di California bagi menyaksikan tiga pertarungan saudaranya, Tagir Ulanbekov, Islam Makhachev dan Umar. –

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *