Remaja 17 tahun hilang sejak 29 Dis ditemukan selamat di Cheras

Remaja 17 tahun hilang sejak 29 Dis ditemukan selamat di Cheras

SEPANG – Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas ditemukan dalam keadaan selamat pada kira-kira 11.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini, berkata remaja berkenaan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.

Norhizam berkata penemuan Nurul Fateha Nabila telah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya dan telah diserahkan kepada ibu bapa remaja itu dalam keadaan baik.

Pada 4 Jan lepas, media melaporkan polis sedang mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuat oleh ibu saudaranya pada 31 Dis lepas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dilaporkan remaja itu menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lepas.

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku selisih faham keluarga. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *