Pemandu, kelindan maut lori jatuh gaung

Pemandu, kelindan maut lori jatuh gaung

KUANTAN – Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di KM42.1 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuantan malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.16 malam.

Beliau berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong yang tiba di lokasi kejadian kemudian membantu mengeluarkan kedua-dua lelaki itu yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang.

“Operasi turut dibantu dua anjing pengesan (K9) sebelum bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa daripada lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Salahuddin berkata mangsa pertama telah dibawa keluar dari kenderaan itu pada 7.47 pagi tadi manakala mangsa kedua pada 9.30 pagi.

Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *