KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah

KOM sahkan World Athletics iktiraf rekod 100m milik Zaidatul Husniah

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengesahkan rekod 100m dengan catatan masa 11.49s yang dicipta ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, diiktiraf oleh Olahraga Dunia (World Athletics atau WA).

Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, melaporkan maklumat terkini itu sebentar tadi mengenai status pelari kelahiran Alor Setar yang memadam rekod bekas pelari pecut negara, Shanti Govindasamy, dengan catatan masa 11.50s, sebelum ini.

Zaidatul memecahkan rekod kebangsaan `itu ketika di Kejohanan Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra, Oktober lalu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *