Oleh: Concerned Lawyers for Justice
KENYATAAN media kedua ini dikeluarkan untuk menyokong kenyataan media NGO Concerned Lawyers for Justice (CLJ) bertajuk, “Potensi Kg. Papan dan Kg. Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO: CLJ minta penjelasan Jabatan Warisan Negara (JWN), Pihak Berkuasa Tempat (PBT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan pada 25 Disember 2024.
Berdasarkan Laporan No. 3 ICOMOS bertarikh 30 Jun 2024, CLJ mendapati beberapa simposium dan webinar berkaitan kampung baru Cina ini antaranya yang bertajuk, “Second Glance: New Vision for New Village, Pencalonan Kampung Baru di Malaysia Sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco” telah dianjurkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam tempoh 2021 sehingga 2024 dengan anjuran bersama Unit Kampung Baru ICOMOS Malaysia, Universiti Nottingham serta Kolej New Era dan persatuan-persatuan keturunan Cina sendiri dengan sokongan daripada Pejabat Exco Pulau Pinang, ADUN Bekok, Johor, Majlis Daerah Labis, Pejabat Daerah Segamat, Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Labis.
Atas inisiatif ICOMOS juga, satu sesi taklimat mengenai Kg. Baru Cina ini telah dibentangkan kepada KPKT pada 23 Feb 2024 berhubung usaha pencalonan di bawah UNESCO tersebut (rujuk m/s 25 Laporan No. 3 ICOMOS).
Dalam sesi taklimat kepada KPKT pada Februari 2024 itu, ICOMOS sendiri telah membentangkan satu masterplan yang dipanggil “Draft Masterplan 2026-2035 for the New Villages” seperti dinyatakan dalam m/s 8 Laporan No. 3 mereka:
In February 2024, we presented our proposal with New Village Division, Minister of Housing and Local Government (see page NVWG/3/02/1-23), and subsequently ICOMOS Malaysia was invited to joined and brainstorming session on Draft Masterplan 2026-2035 for the New Villages (including fishing villages and regrouped village) in Peninsular Malaysia in April 2024 (see page NVWG/3/02/24-25) (see Figure 1.4).
Malah, ICOMOS sendiri terlibat secara langsung dalam usaha untuk mencalonkan Kampung Baru Cina itu dalam senarai World Heritage List apabila dalam halaman 26 Laporan No. 3 mereka bertarikh 30.06.2024, terpapar dengan jelas yang telah diletakkan dalam jadual mereka.
Berdasarkan “Working Schedule” tersebut, Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menyerahkan Senarai Tentatif kepada UNESCO pada bulan Disember 2024 sehingga Januari 2025:
Malah, ICOMOS Malaysia telah dengan aktifnya mempromosi warisan orang-orang Cina melalui Kampung Baru Cina itu ke peringkat antarabangsa sebagai contoh:
“a paper prepared by Ar. Dr. Goh Ai Tee titled “Malayan New Villages: Re-imaging the better Way of Life” was accepted for oral presentation at ICOMOS Scientific Symposium 2024 between 13-15 November 2024 at Ouro Preto Brazil” (rujuk m/s 11 Laporan No. 3 ICOMOS)
ICOMOS Malaysia juga telah memanggil dan menjemput pakar-pakar daripada universiti luar negara termasuk daripada Jepun dan London untuk bersama-bersama menyokong usaha mereka dalam kajian kampung baru Cina itu:
“From June 2023 to June 2024, Scholars on from varies universities contacted us for sharing information prior to their visit to respective new villages. These include visit to Sungai Way New Village in Selangor by Haruka Saito and Prof Kengo Hayashi from University, visit to Sekinchan (Site A, Site B, Site C) by Chua Hui Lin from Southeast University, China, layout of Jinjang New Village in Kuala Lumpur by Laura Noble from bartlett School of Architecture and Planning, University College London, and visit to Papan New Village in Perak by Cheryl Cheah from Architectural Association School of Architecture, London. Last by not least, enquiry on support for research works by Lee Yuan Han, Doshisha University in Japan”
Dalam kenyataan media yang lepas, CLJ telah menyebut sembilan Kampung Baru Cina yang hendak diangkat ke UNESCO. Namun, kami berpendapat usaha tersusun oleh ICOMOS untuk mendokumentasi kampung-kampung baru Cina itu bukan sekadar sembilan, malah terdapat maklumat tambahan mengenai kampung tambahan lain yang diletakkan di bahagian “Preliminary Visit” dan “Research Output” dalam Laporan ICOMOS No. 3 yang berpotensi untuk dicalonkan bawah warisan UNESCO.
Kampung-kampung itu melibatkan Kampung Baru Mambang Di Awan, Kinta, Perak; Kampung Baru Sungai Durian, Kinta, Perak; Kampung Baru Tanjung Tualang, Kinta, Perak; Kampung Baru Timah, Kinta, Perak; Kampung Baru Tronoh Mines, Kinta, Perak; Kampung Baru Ampang Baru, Perak; Kampung Baru Bukit Siput, Segamat, Johor; Kampung Baru Tanah Hitam, Chemor, Perak; Kampung Baru Tok Kong, Kota Bharu, Kelantan; Kampung Baru Padang Lembu, Kuala Muda, Kedah; Kampung Baru Tiang Dua, Melaka
Kewujudan kampung baru Cina ini telah memberikan manfaat besar kepada kaum Cina apabila mereka tidak perlu pulang ke negara asal kerana mereka telah diberikan taraf kewarganegaraan percuma beserta dengan tanah, rumah, ladang pertanian dan penternakan, sawah, muzium, lot-lot kedai komersial, pasar, tokong-tokong Cina, dewan serbaguna, padang dan taman permainan.
Mereka dibenarkan untuk mengekalkan identiti kecinaan mereka dengan menubuhkan sekolah-sekolah menggunakan bahasa Cina, Persatuan-Persatuan Keturunan Cina dengan pejabat dan dewan pertubuhan mereka yang besar dan kini mereka mahu kampung-kampung Cina ini diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan dan Warisan Dunia bawah UNESCO.
Berikut merupakan bukti kepada manfaat yang mereka perolehi ketika mereka diberikan kerakyatan percuma sebagai warganegara Tanah Melayu ini berdasarkan bukti yang dikumpulkan dalam Laporan ICOMOS itu:
Kebanyakan rumah kg. baru Cina ini adalah rumah bertanah (landed house), lot banglo atau rumah kampung yang mempunyai tempat untuk bercucuk tanam disekelingnya. Berikut merupakan kg. baru di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Mereka juga bukan sahaja menubuhkan sekolah-sekolah Cina malah mereka juga mempunyai pejabat dan dewan besar bagi Persatuan Bekas Pelajar mereka seperti berikut:
Mereka juga mempunyai tokong-tokong Cina yang banyak dalam satu kawasan kampung baru mereka seperti berikut:
Surat Sokongan daripada Ahli DUN Ayer Molek, Tamrin Abdul Ghafar untuk pembukaan Tokong mereka
Selepas lebih 60 tahun negara ini telah merdeka, kami mempersoalkan keperluan untuk unit kampung baru cina ini diwujudkan dibawah kementerian utama negara. Tahun 2023 menyaksikan Unit Kg. Baru Cina berpindah daripada Kementeri Perpaduan kepada KPKT dibawah Ngar Kor Ming. Berdasarkan laporan ICOMOS sendiri, sejarah pengendalian Unit kampung Baru ini diperingkat persekutuan dan negeri adalah seperti berikut:
Selepas berleluasanya sekolah-sekolah Cina dan sekolah persendirian Cina, kini, kami mendapati terdapat usaha besar-besaran yang dibuat oleh ICOMOS dan KPKT untuk memberi pengiktirafan kepada kampung baru Cina ini yang pada asalnya untuk mengasingkan kaum Cina daripada pengganas Komunis.
Sementara kampung-kampung Cina dibangunkan secara besar-besaran dengan peruntukan jutaan ringgit diberikan oleh KPKT sendiri, kg. baru Melayu yang berada di Kuala Lumpur ingin diambil atas nama kemajuan. Pelbagai akta ingin digunakan untuk mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu yang hanya tinggal sekangkang kera.
CLJ menegaskan pengambilan kampung-kampung baru Melayu atas nama pembangunan dan usaha mengindahkan bandar merupakan satu diskriminasi yang jelas.
CLJ mengingatkan bahawa berdasarkan DURBAR yang berlangsung di Seri Menanti pada tahun 1931, telah dipersetujui oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bahawa Tanah Melayu ini adalah untuk orang-orang Melayu atau “Malaya for the Malays”.
CLJ mempersoalkan bahawa adakah kewujudan kampung-kampung baru Cina ini memenuhi niat, hasrat, aspirasi dan harapan Raja-Raja Melayu ketika Raja-Raja Melayu bersetuju menyerahkan sebahagian kuasa dan kedaulatan mereka bagi merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ini?
Pada kenyataan media yang akan datang, CLJ akan mengulas kewujudan kg. baru cina ini daripada sudut pandang undang-undang tanah yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkaitan perancangan bandar dan desa serta undang-undang lain yang berkaitan.
CLJ akan terus tekad untuk menghalang pembangunan kampung baru Cina ini dengan risiko yang kami sedia maklum.
CLJ adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk menegakkan prinsip keadilan, hak asasi manusia, dan kedaulatan undang-undang. Melalui advokasi dan kempen kesedaran, CLJ berusaha untuk memupuk masyarakat yang menghormati dan melindungi hak semua individu, tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001