63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS

KUALA LUMPUR – Sebanyak 63 mangsa banjir masih berada pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Johor setakat 8 pagi ini.

Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras waspada, iaitu 7.70 meter.

Di JOHOR pula, jumlah mangsa banjir kekal 27 orang seperti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

“Selain itu, keadaan cuaca di kesemua 10 daerah dijangka cerah pada pagi ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *