Oleh: Concerned Lawyers for Justicw (CLJ)
Siri 2:
SEPERTI yang dinyatakan dalam perenggan 3, pihak CLJ ingin mendapatkan pengesahan agensi yang terlibat tentang perkara berikut:
a) Siapakah pemilik berdaftar kepada bangunan-bangunan terbiar di kawasan Kg. Papan itu? Sekiranya bangunan di Kg. Papan yang dijadikan sebagai Galeri dan Pusat Informasi itu terbukti adalah kepunyaan kerajaan negeri, tanpa kebenaran PBT atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN), penubuhan Pusat Informasi dan Galeri itu adalah satu pencerobohan yang nyata.
b) Sekiranya bangunan di Kg. Papan itu tidak dimiliki secara persendirian, adakah tindakan menukar bangunan terbiar di Kawasan Kg. Papan itu kepada Pusat Informasi dan Galeri yang memaparkan kebudayaan orang-orang Cina mendapat kelulusan daripada Majlis Daerah Batu Gajah menurut peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 172), undang-undang kecil yang berkaitan, Rancangan Kawasan Khas (RKK), Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Struktur Negeri (RS) dan Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan Kawasan dan Bangunan Warisan (PeWARIS) yang dikeluarkan oleh PLANMalaysia?
c) Apakah tindakan PBT terlibat apabila pihak ini menaikkan papan tanda jalan mereka sendiri.
d) Adakah Pusat Informasi, Galeri Sejarah Kg. Baru Malaysia dan Galeri Warisan Papan atau apa jua bangunan yang mempunyai fungsi seperti muzium mendapat kelulusan daripada Jabatan Muzium Negara atau Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan item 9E – Pemeliharaan Warisan dibawah Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan 1957.
Dalam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025, terdapat cadangan untuk menghidupkan semula Pekan Papan (Menaiktaraf Pekan Papan, Istana Billah dan Cadangan Kampung Warisan Papan) serta membangunkan Pekan Papan sebagai Pekan Warisan Bijih Timah (dirujuk sebagai “Cadangan tersebut”). Berdasarkan Draf Rancangan ini, kami ingin memohon pengesahan daripada pihak Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bahawa adakah pembangunan warisan cina dalam Kg. Papan ini telah dibuat di bawah Cadangan tersebut? Adakah pelan Kampung Warisan Papan dan Pekan Warisan Bijih Timah itu yang disebut dalam cadangan tersebut bermaksud ingin mengangkat warisan kaum cina seperti yang telah diuar-uarkan oleh ICOMOS Malaysia ini?
Suka kami mengingatkan bahawa sebarang pemajuan mana-mana tanah tanpa Kebenaran Merancang (KM) sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 18 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) adalah satu kesalahan yang boleh disabitkan dengan di bawah Seksyen 19(1) Akta 172 iaitu larangan pemajuan tanpa KM dan/atau dibawah Seksyen 20 Akta 172 bersabit dengan larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan KM.
PBT juga hendaklah merujuk kepada Pesuruhjaya Warisan berkenaan apa-apa Kebenaran Merancang (KM) yang melibatkan tapak warisan berdasarkan peruntukan Seksyen 40 Akta 645.
Pencalonan dan pengiktirafan UNESCO mestilah mematuhi garis panduan yang disebut dalam “Operational Guidelines for the Implementation of the World Heritage Convention” yang dikeluarkan pada Julai 2013 (dirujuk sebagai “The Operational Guidelines”). Definisi OUV dihuraikan dalam perenggan 49 The Operational Guideline itu sebagai merujuk “Outstanding Universal Value means cultural and/or natural significance which is so exceptional as to transcend national boundaries and to be of common importance for present and future generations of all humanity”
Seterusnya, perenggan 78 The Operational Guidelines itu memperuntukkan elemen tambahan untuk menunjukkan sesuatu warisan itu mempunyai OUV iaitu “keaslian” (authenticity) dan “integriti” seperti mana berikut:
“To be deemed of Outstanding Universal Value, a property must also meet the conditions of integrity and/or authenticity and must have an adequate protection and management system to ensure its safeguarding.”
CLJ menegaskan bahawa kesemua elemen “authenticity” dan “integrity” yang disebut dalam perenggan II. E The Operational Guidelines itu perlulah dipatuhi.
CLJ dengan ini mempersoalkan samaada pencalonan kg. papan dan mana-mana kg. baru cina ini memenuhi syarat “authenticity” dan “integrity” itu apabila fakta-fakta berikut perlu diambil kira bagi menolak mana-mana
pencalonan kg. baru cina di bawah UNESCO seperti berikut:
a) Kampung-kampung baru ini dibuat sewaktu Pelan Briggs di Malaya untuk memutuskan hubungan kaum cina ini daripada pemberontak komunis. Kira-kira 500,000.00 pendatang cina ini dipindahkan ke lebih 500 kampung baru antara tahun 1948 – 1960;
b) Setelah darurat ditamatkan, kewujudan berterusan kampung-kampung Cina ini harus dipersoalkan kerana melibatkan isu samaada kewujudan kampung-kampung Cina ini memberikan proprietory / ownership rights kepada kaum Cina ini secara mudah?
c) Usaha mendokumentasi kampung-kampung Cina ini oleh ICOMOS Malaysia dengan tujuan supaya pengiktirafan UNESCO dapat diberikan merupakan satu usaha menaikkan warisan cina yang pada asalnya hanyalah sebuah penempatan untuk mengawal kuasa pemberontak Komunis terhadap kaum Cina.
d) Warisan cina yang diwar-warkan di Kg. Papan adalah tidak autentik dan tidak berintegriti kerana perusahaan bijih timah ini pada asalnya diketuai oleh Pembesar-Pembesar Melayu negeri Perak dengan mendapat mandat daripada Sultan-Sultan Melayu Perak yang berdaulat.
e) Kekacauan yang berlaku di Perak adalah disebabkan oleh pergaduhan kongsi-kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan Hai San yang merebut hak monopoli kekayaan lombong bijih timah dan tali air serta terlibat dengan masalah candu dan perjudian sehingga mencetuskan tiga Perang Larut daripada tahun 1861 –1874 sehingga merebak sehingga ke Pulau Pinang. Kebanyakan buruh-buruh Cina yang bekerja di lombong ini adalah ahli kepada kongsi-kongsi gelap ini.
f) Kekacauan dan Perang Larut ini menjadi penyebab besar kepada campur tangan British di Perak sehingga membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 yang menandakan campur tangan British pertama di Negeri-Negeri Melayu.
g) Perjanjian Pangkor menyebabkan British mengambil alih pentadbiran Perak secara rasmi, mengganggu hak exploitasi bijih timah oleh Pembesar-Pembesar Melayu serta membuka laluan besar kepada Kapitan-kapitan Cina untuk bergiat aktif dalam perkembangan ekonomi di negeri Perak.
CLJ menekankan bahawa pencalonan Kg. Papan di bawah UNESCO secara blanket iaitu mencampur-adukkan warisan orang asal (Indigenous People) yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Mandailing dan orang asli dengan budaya masyarakat yang bukan terdiri daripada orang asal yang bersifat mendatang (Non-Indigenous People) dikhuatiri dapat menjejaskan warisan asal negara ini. Perenggan 64, 117, 119 dan 123 The Operational Guidelines ini menekankan tentang kepentingan penyertaan yang efektif dan inklusif oleh masyarakat orang asal dan orang asli dalam pendengaran awam serta keperluan untuk mendapatkan “their free, prior and informed consent before including the sites on their Tentative List.” Setakat ini, tiada orang-orang Melayu mahupun orang asli dan masyarakat Mandailing dipanggil untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai sebarang usaha untuk mencalonkan kampung baru Cina ini dibawah UNESCO.

CLJ menegaskan bahawa sebelum kedatangan Raja Billah, lebih awal daripada itu, perusahaan lombong bijih timah di Perak di usahakan oleh Pembesar Perak bernama Long Jaafar yang menemui bijih timah sekitar tahun 1848. Usaha Long Jaafar ini kemudiannya disambung oleh anakandanya iaitu Ngah Ibrahim yang telah mendapat watikah perlantikan daripada Sultan Jaafar dalam tahun 1864 iaitu sebelum kekacauan tercetus di Perak yang menyebabkan Residen British iaitu J.W.W Birch terbunuh pada tahun 1876. Kesan daripada itu, beberapa orang pejuang Melayu iaitu Dato’ Sagor, Dato’ Maharajalela, Si Putum dan Pandak Endut yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W Birch itu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Pasir Salak.
Pencalonan Kg. Papan yang memfokuskan kepada kampung baru cina, deretan kedai-kedai yang telah dibaikpulih, dengan satu Pusat Informasi dan Galeri tidak langsung memaparkan identiti dan ciri-cari asal negara ini yang merujuk kepada orang-orang Melayu termasuk orang-orang Asli Perak yang telah hidup, menetap, mendiami beratus tahun lebih awal daripada masyarakat cina yang mendatangani kampung itu hanya sebagai pekerja lombong.
CLJ juga telah bertanyakan kepada aplikasi Chat GPT tentang warisan orang Cina yang berada di luar negara CHINA yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Apa yang memeranjatkan, ChatGPT telah menyenaraikan Negeri Melaka dan Georgetown Malaysia sebagai warisan yang memenuhi ciri-ciri itu.
Berdasarkan Report No. 2, Pihak ICOMOS juga telah merujuk kepada contoh kampung-kampung baru yang dibangunkan seluruh dunia termasuk lah Berlin dan Tel-Aviv Israel.
Berdasarkan Laporan-Laporan ICOMOS itu, kesemua maklumat dan dokumentasi kampung baru cina ini telah dibentangkan kepada Unit Kampung Baru Cina di bawah KPKT. Unit Kampung Baru Cina ini telah dipindahkan baru-baru ini daripada Kementerian Perpaduan kepada KPKT di bawah Menteri Ngar Kor Ming itu. Perkara ini telah ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Haji Ismail Abd Muttalib kepada Menteri KPKT ini dalam satu sidang parlimen yang dikeluarkan semula oleh laman Facebook TV Pas bertarikh 08.03.2023.
CLJ mendapati bahawa jutaan ringgit telah diperuntukkan kepada kampung-kampung baru cina ini melalui Unit Kampung Baru Cina yang diumumkan oleh Menteri KPKT, Ngar Kor Ming ini. Berikut merupakan laporan media utama tentang peruntukan jutaan ringgit tersebut:
a) Laporan Media oleh Sinar Harian bertajuk “Belanjawan 2025: Kerajaan peruntuk RM84 juta naik taraf Kampung Baru Cina” – https://www.sinarharian.com.my/article/691788/khas/belanjawan/belanjawan-2025-kerajaan-peruntuk-rm84-juta-naik-taraf-kampung-baru-cina
b) Laporan Media oleh BH Online bertajuk “RM30 juta tahun lalu, peruntukan tertinggi untuk Kampung Baharu Cina di Perak”- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1217277/rm30-juta-tahun-laluperuntukan-tertinggi-untuk-kampung-baharu-cina
c) Laporan Media oleh Bernama bertajuk “Over RM9 Million for New Chinese Village Solar Installation Project – KPKT” – https://bernama.com/en/general/news.php?id=2206467
d) Laporan Media oleh MalayMail bertajuk “Housing Ministry allocates RM83.66m to implement 17 projects in Melaka, says minister” yang memperuntukkan sebanyak RM4.55 juta untuk pembangunan tiga buah projek kampung baru cina- https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/05/18/housing-ministry-allocatesrm8366m-to-implement-17-projects-in-melaka-says-minister/135133
CLJ juga memohon campur tangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ditubuhkan bersandarkan Arahan MKN No. 1 dan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang bertujuan untuk bertanggungjawab tentang hal-hal keselamatan negara terutama yang melibatkan ancaman komunis dan perselisihan kaum untuk memantau perkembangan dokumentasi dan pelobian kampung-kampung baru cina yang dibuat oleh ICOMOS dan KPKT ini dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya atas pertimbangan keselamatan nasional.
CLJ menzahirkan kerisauan dan kekecewaan yang tiada taranya apabila pembangunan kampung-kampung baru Cina ini akan menyebabkan beratus ribu ekar tanah akan dipindahmilik atau dimiliki oleh kaum Cina.
CLJ menegaskan sekali lagi bahawa sebarang usaha untuk membangunkan kampung-kampung baru Cina mahupun warisannya secara berleluasa tanpa melalui agensi yang berautoriti adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang memasakkan empat rukun utama iaitu, Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak serta orang-orang asli.
Berdasarkan alasan, hujah dan pendapat undang-undang diatas, dengan ini, CLJ sekali lagi menegaskan supaya Agensi Kerajaan yang berautoriti iaitu Jabatan Warisan Negara, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Keselamatan Negara serta pelbagai badan kerajaan terlibat untuk tampil dan memberi penjelasan dan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang dan dasar serta polisi sedia ada berkenaan dokumentasi, laporan ICOMOS dan pihak-pihak lain yang terlibat untuk mengangkat kampung-kampung baru Cina ini yang dibantu melalui Unit Kampung Baru Cina dibawah KPKT sebagai Warisan Kebangsaan dan Warisan Dunia bawah UNESCO.
Mengenai Concerned Lawyers for Justice (CLJ)
CLJ adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk menegakkan prinsip keadilan, hak asasi manusia, dan kedaulatan undang-undang. Melalui advokasi dan kempen kesedaran, CLJ berusaha untuk memupuk masyarakat yang menghormati dan melindungi hak semua individu, tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252