Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands

Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands

HULU SELANGOR – Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah terbabit kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Gohtong Jaya, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden itu pada jam 10.05 pagi dan mengarahkan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X telah bertembung.

“Pemandu Toyota Corolla Altis yang berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian akibat tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada pasukan polis bagi tindakan selanjutnya, tambahnya.

Sementara itu, katanya, pemandu Cam Placer-X mengalami kecederaan di bahagian kepala telah dihantar ke hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *