Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Disember lepas ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Sungai Isap di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Safri Mohd Ali yang beralamat di Kampung Hijrah di sini, dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata sejurus menerima maklumat, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang serta petugas kesihatan telah ke lokasi kejadian dan kematian Safri kemudian telah disahkan oleh penolong pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Pemeriksaan di dalam kenderaan turut menemukan kad pengenalan, telefon bimbit dan beg galas milik Safri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mayat Safri dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat dan proses pengecaman telah dilakukan oleh ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Mohd Zahari berkata siasatan awal polis setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Safri sebelum ini dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah kira-kira 8 pagi 13 Dis lepas dengan memandu kereta Perodua Viva untuk mengambil ubat di Klinik Kesihatan Kampung Kurnia, di sini.

Laporan kehilangannya dibuat adiknya pada 14 Dis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *