PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, salinan minit mesyuarat Kabinet bertarikh 23 Mei 2018 berhubung keputusan Jemaah Menteri mengenai kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, mengesahkan ia adalah keputusan secara bersama.
“Minit mesyuarat Kabinet menunjukkan dakwaan yang dibuat oleh tiga (bekas) menteri itu tidak benar.
“Saya rasa malu kerana orang ini duduk di bawah saya dulu, masa dalam Kabinet saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Konvoi Misi Kemanusiaan Banjir di sini, hari ini, lapor Berita Harian.
Baru-baru ini, tiga pemimpin kanan PH menegaskan Dr Mahathir membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan bagi tuntutan Batu Puteh pada 2018.
Kenyataan bersama, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Anthony Loke memaklumkan Dr Mahathir hanya memaklumkan kepada Kabinet selepas keputusan itu dibuat.
Mereka adalah anggota Kabinet PH ketika itu yang mana Dr Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri, diikuti Mohamad selaku Menteri Pertahanan manakala Loke menerajui Kementerian Pengangkutan.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pada sesi Dewan Rakyat baru-baru ini, mendakwa ada menerima dokumen berupa salinan minit mesyuarat bertarikh 23 Mei 2018 berhubung keputusan Jemaah Menteri mengenai kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan sebarang keputusan yang dibuatnya adalah teratur dan mengikut prosedur.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Dalam Kabinet (ketika itu) ada 13 orang (menteri) sebab kita baru tubuh Kabinet. Saya berpendapat bahawa apa yang saya buat (ketika) itu ikut peraturan,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
