MELAKA – Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyambut baik cadangan supaya beliau menjadi ‘orang tengah’ untuk menarik tiga bekas pemimpin UMNO kembali ke parti itu.
Ketika dihubungi, Ketua Pemuda UMNO itu bersetuju dengan cadangan berkenaan, malah bersedia dengan rela hati untuk berbuat sedemikian.
“Saya sentiasa bersedia (untuk menjadi orang tengah) demi memperkukuhkan UMNO tercinta ini.
“Pendirian saya ialah meletakkan kepentingan perjuangan agama dan bangsa di hadapan mengatasi segala-galanya. Justeru, saya dengan rela hati bersedia,” katanya.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan Ketua Pemuda UMNO Kapar, Afifi Aris, mencadangkan supaya Dr Muhamad Akmal menjadi ‘jambatan’ menarik Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti itu.
Afifi dipetik berkata, penyertaan semula tiga bekas pemimpin utama yang telah digantung atau dipecat itu menggambarkan kesatuan parti itu, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan UMNO.
“Saya meletak keyakinan bahawa Ketua Pemuda UMNO boleh memainkan peranan dan jambatan mengembalikan Hishammuddin, Shahril, Khairy dan mana-mana individu yang dipecat atau digantung, ke UMNO,” kata Afifi.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252